Fastaqim 2.3 bangkit semangat PRU14

fasta

HIMPUNAN 12,000 jentera pilihan raya PAS Pahang pada Fastaqim Sabtu ini untuk menyemarak semangat juang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) 14.

Advertisement

Ahli Jawatankuasa Perhubungan PAS Pahang, Shahril Azman Abd Halim berkata, perhimpunan itu akan memperlihatkan keupayaan PAS Pahang bagi menghadapi PRU tidak lama lagi.

Katanya, ia mampu membangkit semangat juang dan memberi motivasi kepada jentera pilihan raya PAS Pahang untuk bekerja dengan lebih gigih.

“PAS mensasar memenangi 38 kerusi yang ditandingi di Pahang. Jumlah keseluruhan kerusi Dun di Pahang sebanyak 42.

“Kali ini matlamat PAS Pahang menyertai PRU untuk menerajui negeri Pahang sekiranya diberi mandat oleh rakyat,” katanya di Bandar Jengka.

Himpunan Fastaqim 2.3 akan diadakan di Kompleks al-Makmur Kerdau bermula jam 4 petang hingga 12 tengah malam. – HARAKAHDAILY 19/1/2018