100K munajat dan solidariti MyAqsa

aqsa

PERJUANGAN umat Islam Palestin tidak hanya terbatas di bumi Al Aqsa itu, tetapi turut menjadi kewajipan seluruh ummat Islam di dunia ini termasuk kita semua di Malaysia.

Advertisement

Festival MyAqsa yang akan berlangsung pada

Tarikh: 26-28 Januari 2018
Hari: Jumaat-Ahad
Masa: 5.00 petang (Jumaat) – 6.00 petang (Ahad)
Tempat: Dataran Putra Putrajaya

Adalah salah satu dari program besar yang bertujuan untuk merencana tindakan dan memupuk kesedaran serta kebangkitan ummat Islam seluruh dunia memperjuangkan nasib Al Aqsa.

Festival MyAqsa mempunyai beberapa komponen aktiviti yang menarik dan penting.

i) Ekspo MyAqsa: Ianya berlangsung sepanjang tempoh Festival MyAqsa iaitu bermula jam 05.00 petang pada 26 Jan 2018 (Jumaat) dan berakhir pada jam 06.00 petang pada 28 Jan 2018 (Ahad) di Dataran Putra Putrajaya.

ii) Persidangan Meja Bulat hampir 200 orang ulama dari seluruh dunia akan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan isu Baitulmaqdis akan berlangsung daripada 27-28 Januari di Hotel Pullman Putrajaya.

iii) Himpunan 100K Munajat dan Solidariti Ummat Islam Memperjuangkan Isu Palestin. Ianya berlangsung pada 27 Januari 2018 (Sabtu) di Dataran Putra Putrajaya. Bermula jam 10.00 pagi hingga jam 11.55 malam.

Warna Tema Baju: PUTIH

Insya Allah, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia telah diberi penghormatan untuk merasmikan Persidangan 100 Ulama Antarabangsa di Hotel Pullman Putrajaya dan turut menghadiri serta menyampaikan Amanat Ummah pada malam Himpunan 100K Munajat dan Solidariti Ummah. (27 Januari 2018).

Sebahagian para alim ulama yang hadir dari seluruh dunia akan turut menyampaikan ucapan mereka pada kemuncak Himpunan 100K Munajat dan Solidariti Ummah pada 27 Januari 2018 kelak. Insya Allah, anda boleh ikuti promosi lanjut dari pihak pengajur untuk mengetahui aturcara terperinci selepas ini.

Semua ummat Islam dan warga prihatin dikerah hadir untuk sama-sama kita bermunajat kepada Allah swt memohon kemenangan buat ummat Islam Palestin sekali gus kehancuran buat zionis Israel. Jua mendengar perkembangan terkini isu Palestin dari para alim ulamak Islam peringkat antarabangsa yang hadir bersama kita.

Jumpa anda di sana.

#FestivalMyAqsa
#SelamatkanAqsaku

Sejahtera Bersama Islam

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
3 Jamadil Awwal 1439 | 20 Januari 2018 – HARAKAHDAILY 20/1/2018

aqsa