Sundang Bugis simbolik pertahan kedaulatan penaung agama

SHAH ALAM: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah menghunus sundang Bugis sebagai gimik pada perasmian Himpunan Fastaqim 2.4 Negeri Selangor di Stadium JKR Seksyen 17, di sini semalam.
 
Hunusan itu menjadi simbolik betapa PAS akan sentiasa mempertahan dan melindungi kepentingan Islam serta kedaulatan institusi Raja dan Kesultanan Melayu selaku penaung agama itu di negeri Selangor.
 
Beliau terdahulu menerima ‘raja segala senjata’ masyarakat Melayu itu daripada Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi, disusuli penyerahan panji PAS kepada semua Pengarah Pilihan Raya PAS Kawasan seluruh negeri itu serta dewan-dewan.
 
Perkara tersebut bagaimanapun dipolitikkan pihak tertentu di mana ia berbaur memperlekeh, sedangkan penghinaan etnik Bugis oleh pemimpin politik sebelum ini telah menyebabkan kemurkaan pihak istana di negeri itu.
 
Hal itu dilihat boleh memanjangkan polemik kerana cenderung mencetuskan rasa benci dan prasangka selain boleh menyebabkan kemelut berpanjangan antara komponen politik berkenaan dengan institusi Sultan selaku penaung negeri. – HARAKAHDAILY 22/1/2018
Advertisement