Anak muda mahu perubahan menyeluruh

KUANTAN: Anak-anak muda sekarang mahukan perubahan politik secara menyeluruh dan bukan menukar pemimpin sekular kepada sosialis atau liberal.

Advertisement

Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Mohd Hazmi Dibok berkata, beliau yakin anak muda khususnya pengundi baharu memahami iklim politik negara sekarang.

Katanya, mereka terdedah kepada sumber media alternatif dan media baharu yang mampu membuka minda.

“Mereka merupakan generasi yang sangat merasai keperitan hidup yang dilingkungi hutang sama ada pinjaman pendidikan, rumah dan kenderaan.

“Tambahan lagi peluang pekerjaan yang semakin sukar dan pengangguran yang meningkat,” katanya di sini.

Baru-baru ini Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang, Leong Ngah Ngah menyifatkan kecenderungan PAS untuk menjadi ‘spoiler’ apabila dianggap menjalin persefahaman dengan Umno. – HARAKAHDAILY 23/1/2018