PAS bawa solusi setiap masalah rakyat dan negara

BANDAR TUN RAZAK: Budaya Politik Matang dan Sejahtera serta Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051 yang digagaskan PAS merupakan solusi ke arah membina Malaysia lebih baik untuk rakyat.
 
Timbalan Ketua Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam menegaskan perkara itu dalam Sembang Teh Tarik anjuran Lajnah Penerangan dan Media Baru PAS Kawasan Bandar Tun Razak di Taman Desa Cheras, di sini kelmarin.
 
Perkara tersebut diperjelaskan lagi oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Kamaruzaman Mohamad bahawa budaya baru politik dibawa PAS itu adalah politik berteras prinsip dan bukannya kepentingan peribadi atau individu.
 
PAS tegasnya, bukan hanya pembangkang semata-mata tetapi membawa jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan dihadapi negara dan rakyat menurut kerangka syarak.
 
Oleh itu serunya, rakyat mesti memilih parti yang benar-benar memperjuangkan rakyat dan negara atau parti sekadar menawar janji manis populis untuk meraih undi dan berkepentingan politik peribadi semata-mata. – HARAKAHDAILY 23/1/2018
Advertisement