Tindakan segera atasi masalah di Town Park

PANDAN INDAH: Majlis Perbandaraan Ampang Jaya (MPAJ) mesti memastikan segala kemudahan di kawasan Town Park iaitu tempat riadah yang popular di Pandan Indah dalam keadaan yang sempurna. 
 
Ini berikutan sesi turun padang Adun Chempaka, Dato’ Iskandar Abdul Samad ke kawasan Town Park mendapati banyak kemudahan yang telah rosak antaranya pelapik getah di tempat permainan serta kerusi kayu. 
 
“Saya telah melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh mereka yang menggunakan taman tersebut,” katanya.
 
Selain itu beliau memaklumkan kawasan pejalan kaki turut banjir ketika hujan lebat dan itu sudah pasti menyukarkan penduduk Pandan Indah yang datang untuk riadah di Town Park. 
 
“Sehubungan itu Pejabat saya akan mengadakan satu mesyuarat dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada hari Jumaat 26 Januari, jam 9.30 pagi untuk membincangkan perkara ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/1/2018
Advertisement