Bila Mahathir berlagak jadi mufti

MAHATHIR hendak bercakap bab halal haram lihat diri sendiri dulu. Cucu pegang anjing, anak niaga arak, macamana beliau nak jawab?
 
“Jika kita tidak tahu duit itu dicuri salahkah jika duit itu diguna untuk buat ibadat haji? Jika kita tahu bahawa duit itu dicuri, halalkah duit itu jika diguna untuk kerja haji?
 
“Saya sejak kecil lagi diberitahu bahawa daging babi haram dimakan oleh orang Islam. Bolehkah saya tanya jika babi disembelih dengan menyebut nama Tuhan, haram lagikah daging babi itu?” soal Tun M, 23 Januari kelmarin.
 
Inikah dikatakan Tun M seorang yang peka dalam hal Islam? Segala statement beliau adalah menjurus kepada kekeliruan ilmu agama. Rupanya selama ini Tun M hidup dalam terawang-awng antara dunia dan akhirat, masih jahil atau buat-buat jahil.
 
Tun Dr Mahathir Mohamad yang terkenal sering hina ulama tiba-tiba berlagak jadi ‘mufti’ apabila dakwa ibadah haji dengan menggunakan dana ihsan 1MDB sebagai hukum haram! Adakah beliau mahu mempertikaikan dosa dan pahala sedangkan penentu semua itu hanya Yang Maha Kuasa.
 
Telatah Tun M mempermainkan hukum agama bukan baharu. Malah ada anak beliau sendiri perlekeh ajaran Islam dan lebih malang, tiada sesiapa pun berani tegur kecuali musuh politiknya tetapi suara mereka ‘tenggelam’.
 
Terbaharu tular pula dalam kalangan pengguna media sosial tempatan apabila kecoh memperkatakan gelagat jelik salah seorang cucu kesayangan kepada Pengerusi PPBM itu yang hanya dikenali namanya sebagai Othman Mirzan.
 
Dia dengan penuh angkuh dan bongkak memuat naik gambar terbaharu dirinya tidur bersama-sama anjing kesayangan berserta kapsyen “All my bitches love me” menerusi laman Instagram yang dikongsikan secara umum.
 
Beginikah gaya hidup orang Melayu yang beragama Islam? Padahal Muslim diharamkan menyentuh anjing yang merupakan najis berat Mughallazah kecuali dalam beberapa keadaan tertentu apatah lagi membelainya manja.
 
Justeru tindakan Othman memanipulasikan hukum Islam untuk menghalalkan gaya hidup ternyata kurang ajar tetapi paling aib, Mahathir tidak pula berani kata perbuatan si cucunya itu sengaja pegang anjing sebagai haram..
 
Untuk rekod bapanya, Mirzan pernah terpalit dengan isu pembelian kilang arak di Filipina manakala ibu saudaranya bernama Marina pula sering dikaitkan dengan gerakan songsang Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
 
Mahathir dikatakan cuba berlagak bagaikan malaikat apabila mendakwa menunaikan haji melalui bantuan 1MDB adalah haram selain bermacam-macam lagi ‘fatwa’ dikeluarkan demi menunjukkan dia sahaja suci!
 
Walhal sepanjang 22 tahun pemerintahan Mahathir, langsung tiada rakyat marhaen ditaja mengerjakan haji oleh mana-mana agensi kerajaan berbanding lebih 6,000 orang di bawah program 1MDB sejak diperkenalkan pada 2011.
 
Bukan nak menyokong Umno, tetapi perkara yang baik untuk umat Islam itu kita sokong. Saya tak nafikan benda yang baik kita nak tentang juga. Itu dah melanggari prinsip kita sebagai Islam.
 
Mahathir nak tentukan ‘halal’ dan ‘haram’ beliau kena imbas kembali pada kedudukan beliau semasa menjadi PM dulu. Berapa banyak beliau mentadarah duit ‘haram’ (bahasa kasar)? Adakah beliau mudah lupa? Atau beliau merasakan beliau sudah sesuci kain putih?
 
Dana beliau yang ada di sekitar dunia adakah ‘halal’ untuk dijadikan pendapatan beliau sekeluarga? Saya tak nak komen banyak sebab Mahathir bab agama Islam memang beliau cukup suka mempertikaikan.
 
Satu soalan saya sebelum Mahathir membuat pelbagai spekulasi bodoh sebagai bekas PM yang bertauliah, “Adakah dari hasil penjualan arak yang dihasilkan anak beliau ‘halal’?
 
Harap PAN menjawap sebab PAN adalah bala tentera Mahathir sekarang. Orang jahil akan bertanya soalan yang jahil sehingga membuatkan orang lain terikut jahil.
 
Usah terlalu taksub sehingga sanggup menjadi manusia busuk hati dan menyusahkan orang lain demi mencapai hasrat dan telunjuk pihak tertentu sehingga sanggup menjadi anjing suruhan untuk menggigit dan menimbulkan perasaan tidak tenteram ramai pihak.
 
SAL NASIR
24012018 – HARAKAHDAILY 25/1/2018
Advertisement