Tarikh PRU14 makin hampir

PENGKALAN CHEPA: Tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 semakin hampir sekarang di mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini sibuk menganjurkan taklimat kepada pelbagai pihak.

Advertisement

Hari ini taklimat diadakan kepada petugas media di Kelantan, di mana lebih 30 pengamal media daripada 15 agensi menyertai program tersebut.

Taklimat selama empat jam itu disampaikan Pendaftar Akademi Pilihan Raya, Nik Aminudin Nik Shahar Shah bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kelantan, di sini.

Timbalan Pengarah Pilihanraya Kelantan, Mohd Fadly Mohd Fauzi berkata, taklimat kepada petugas media Kelantan merupakan yang kedua diadakan.

“Selain pengamal media, taklimat itu juga sudah diadakan untuk parti politik di negeri ini,” katanya. HARAKAHDAILY 25/1/2018