Fastaqim 2.5 JDT bakal catat sejarah baharu

DATARAN Parit Haji Salleh Ros yang terletak di Parit Raja bakal mencatatkan satu lagi sejarah baru dalam perkembangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Johor apabila satu perhimpunan bagi mengumpulkan seluruh jentera PAS di seluruh negeri Johor pada 24 Februari 2018 yang akan datang.
 
Perhimpunan FASTAQIM  2.5 JDT ini yang merupakan himpunan kelima selepas PAS Negeri Kedah, Perak, Pahang dan Selangor berjaya menghimpunkan petugas jentera pilihan raya di negeri masing-masing.
 
FASTAQIM 2.5 JDT dijangka akan bermula dari pukul 2.00 petang dengan pelbagai acara santai di sebelah siangnya untuk menyantuni anak muda dan kaum hawa serta pengisian rohani yang akan disampaikan oleh pendakwah terkemuka tanahair. 
 
Himpunan ini akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran kepimpinan tertinggi daripada PAS/Gagasan Sejahtera, Kepimpinan NGO, tokoh Masyarakat dan tokoh Agama.
 
Penganjur mensasarkan sekurang-kurangnya seramai 10 ribu petugas Pilihan Raya di seluruh Negeri Johor dapat dikumpulkan sepanjang program tersebut diadakan nanti.
 
Maklumat mengenai himpunan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa melalui Facebook PAS JOHOR.
 
KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Pengarah Himpunan Fastaqim 2.5 JDT
Tarikh : 26 Januari 2018
Whatsapp : 019-7701830 – HARAKAHDAILY 26/1/2018
Advertisement