Percaturan PH bagi peluang besar kepada PAS

KUALA LUMPUR: Pertaruhan Pakatan Harapan (PH) terhadap pemilihan Tun Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri telah memberikan kelebihan kepada PAS untuk menarik undi rakyat.
 
Ini kerana, rakyat telah lama bertekad menolak Umno-BN dalam masa sama tidak lagi dapat memberikan kepercayaan kepada bekas perdana menteri itu disebabkan rekodnya yang tersendiri sepanjang 22 tahun memegang tampuk pemerintahan.
 
Berkata demikian Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari turut menyifatkan pelantikan Tun Mahathir memberi gambaran jelas bahawa gabungan keempat-empat parti tersebut telah ketandusan tokoh yang sesuai.
 
“Apa yang berlaku menunjukkan bahawa Pakatan Harapan ketandusan tokoh yang sesuai untuk menerajui negara dan akhirnya mereka terpaksa mengitar semula bekas pemimpin negara tersebut untuk kembali menerajui pentadbiran sebagai Perdana Menteri,” katanya.
 
PH baru-baru ini beretorik dan berangan-angan dengan menobatkan Mahathir sebagai bakal Perdana Menteri sementara jika gabungan itu memenangi PRU14 sebelum digantikan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. – HARAKAHDAILY 26/1/2018
Advertisement