Umno umpan projek pancing peneroka

BANDAR JENGKA: Peneroka tidak lagi menjadi deposit tetap Umno-BN ekoran banyak penyelewengan dan salah urus tadbir dilakukan Felda.
 
Biarpun banyak umpan segera dipancing kepada peneroka menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, namun mereka telah sedar terhadap banyak kepincangan yang berlaku.
 
Antaranya Perumahan Generasi Kedua di Felda Jengka 12, di sini yang kekal terbengkalai sehingga sekarang.
 
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Yohanis Ahmad Aniq berkata, sebanyak 50 unit rumah yang dibina di kawasan seluas 10 ekar di Felda Jengka 12 itu terbengkalai.
 
“Projek tersebut menjadi projek sakit. Tapak projek itu sudah lama ditumbuh semak dan samun.  
 
“Biar pun banyak projek terbengkalai, namun saya percaya pada kempen PRU-14, BN akan menggunakan isu perumahan untuk mendapatkan sokongan generasi baharu Felda,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/1/2018
Advertisement