Anak muda sedia pertahan PAS

PENGKALAN CHEPA: Ketika PAS berhadapan fitnah berterusan daripada pihak lawan, seramai 80 anak muda berpakat menyertai PAS bagi mempertahankan kerajaan negeri. 
 
Anak-muda terbabit dari Tanjung Kuala Sabak di Dun Chempaka telah menyerah borang menyertai PAS kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato’ Mohd Amar Abdullah pada program ceramah di Chabang Tiga, di sini.
 
Mohd Faizal Rashid, 38, dari Kampung Tanjung Kuala Sabak berkata, PAS di bawah kepimpinan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat diteruskan kepimpinan sekarang.
 
Katanya, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob meneruskan setiap yang telah dilaksanakan Tuan Guru selama ini.
 
“Sekarang saya lihat PAS kembali utuh setelah berlaku salah faham sebelum ini sehingga tertubuhnya PAN.
 
“Kita anak muda sewajarnya sama-sama mempertahankan kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum 14 tidak lama lagi. Anak muda mesti mempertahankan dasar Membangun Bersama Islam,” katanya ketika ditemui.
 
Beliau juga memberitahu akan berusaha mengaktifkan program bersama anak muda di kampungnya.
 
(Ikuti pandangan anak muda dan kesediaan mereka mempertahankan Kerajaan PAS Kelantan dalam siaran Harakah cetak terbaharu edisi Isnin yang akan berada di pasaran esok) – HARAKAHDAILY 27/1/2018
 
Advertisement