PAS Simpang Renggam ziarah veteran

SIMPANG RENGGAM: PAS Kawasan Simpang Renggam telah mengadakan ziarah veteran sebagai rutin mengerat hubungan dan mengambil maklum perkembangan golongan itu pada kunjungan di Kampung Perak, di sini semalam.
 
Diketuai Timbalan Yang DiPertua PAS Simpang Renggam, Mohd Jubri Selamat, antara diziarahi rombongan itu adalah Assabiqun PAS, Abdullah Mangin yang lebih dikenali sebagai “Cikgu Abdullah”.
 
Dalam keterlantarannya yang uzur kerana mengidap beberapa penyakit, namun beliau menzahirkan istiqamahnya dan sentiasa mengikuti perkembangan perjuangan PAS melalui langganan Harakah.
 
Disebalik harapan disuarakan agar PAS bertanding PRU14 nanti dengan mencapai keputusan positif, Cikgu Abdullah turut meluahkan kekesalan terhadap sahabat yang lari dari perjuangan itu dan mahu mereka kembali ke pangkal jalan.
 
Beliau merupakan antara pengasas PAS Simpang Renggam sejak dari dalam perkhidmatan awam dan sentiasa menuturkan nasihat kepada generasi baharu agar bersama PAS dan bersabar selagi dasarnya Islam.
 
Terdahulu, rombongan sempat menziarah ahli Umno, Abd Rahman Lasiman yang pada pertemuan itu turut meluahkan tekanan hidup di bawah Kerajaan BN, sekali gus berikrar tidak menyokong lagi parti itu pada PRU14.
 
Turut serta dalam rombongan itu adalah Bendahari PAS Simpang Renggam, Anuar Yusof dan Pengarah Ilham Negeri Johor, Ustaz Atan Gombang. – HARAKAHDAILY 27/1/2018
Advertisement