Ucapan perasmian Ijtima’ Pondok (25 Jan 2018)

Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Dato’ Seri Syeikh Abdul Hadi Awang berkata:
 
Mereka bukan sahaja menubuhkan pondok-pondok, mereka menubuhkan Jamaah untuk menggerakkan orang Islam menentang penjajah. Ini tak ditulis dalam buku. Mereka tidak boleh tipu orang Islam selama-lamanya. Apa yang berlaku Allah Taala jadikan ajaran yang lain daripada Islam lemah, sama ada agama ataupun idealogi ataupun teori yang manusia reka, lemah, tak boleh menyelesaikan masalah. Manusia dalam keadaan huru-hara, menyebabkan orang Islam nak balik semula kepada Islam. Sehingga tumbuh pondok-pondok, tumbuh balik sekolah-sekolah agama sehingga orang banyak nak hantar anak-anak di sekolah agama lebih dipercayai, tak cukup tempat. Ini berlaku pada hari ini di seluruh dunia Islam. Tak cukup tempat.
 
“Dua tiga hari lepas, saya didatangi oleh Penasihat Perdana Menteri Turki. Penasihat Perdana Menteri Turki datang jumpa saya. Dia beritahu di Turki juga ditubuh pusat-pusat pengajian sekarang. Oleh kerana mereka berkuasa dalam kerajaan, mereka bersedia untuk menubuhkan pusat pengajian supaya anak-anak kita di seluruh dunia Islam boleh menyambung mengaji di sana, bukan di Azhar sahaja, bukan di Makkah sahaja kerana banyak ulama-ulama Arab berhijrah.Daripada Mesir, daripada Syria, daripada Yaman berhijra. Di Turki ramai, mereka tubuh pusat-pusat pengajian di sana. Boleh menyambung semua mazhab Syafi’ie, Hanafi, Hambali, Maliki. Orang Mazhab Syafi’ie boleh belajar Mazhab Syafi’ie.
 
Ini satu harapan baru kepada kita. Menyebabkan banyak tempat kita boleh sambung mengaji sehingga setinggi-tingginya. Ini satu perkembangan yang baru. Apa yang penting ialah kita menubuhkan akar-akar yang banyak, tunas-tunas yang banyak. Maka usaha mendirikan pondok hendaklah disokong, diusahakan, menguatkan, meneguhkan, kerana ini adalah benih Islam yang dapat meninggalkan faedah dunia sampai ke akhirat.
 
 
Ikuti teks transkrip penuh dari ucapan perasmian oleh beliau dalam Ijtima’ Pondok dan Pusat Pengajian Islam Terengganu pada 25 Januari 2018 di Pondok Ibtidai, Hulu Terengganu yang disiarkan di ruangan  E-Harakah  dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah).
Advertisement