PAS Pasir Gudang santuni asnaf dan kaum Cina

PASIR GUDANG: PAS Kawasan Pasir Gudang telah melakukan ziarah dan sumbangan kebajikan kepada golongan asnaf dan kaum Tionghua di Taman Megah Ria, di sini kelmarin.
 
Aktiviti tersebut merupakan rutin yang digerakkan secara aktif Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Pasir Gudang, Ab Aziz Abdullah bersama Ahli Jawatankuasanya.
 
Selain keperluan barangan harian, turut disumbangkan menerusi program itu adalah wang tunai terutama bagi penerima yang dalam proses rawatan untuk membiayai kos berkaitan.
 
Bersempena tahun baharu 2018 yang tiba, rombongan tersebut juga mengedar kalender dan membuat semakan daftar pemilih, selain turut menjelaskan isu-isu semasa.
 
Bagi mereka yang kali pertama menerima kunjungan tersebut terutama dari kaum Cina merasa teruja, malah ada juga ternanti kehadiran Ab Aziz di mana sangat dikenali sebagai ikon masyarakat di situ. – HARAKAHDAILY 28/1/2018
Advertisement