Maulidur Rasul PAS Pasir Gudang penuh makna

PASIR GUDANG: PAS Kawasan Pasir Gudang telah mengadakan majlis Maulidur Rasul S.A.W yang dilangsungkan di PASTI Al-Kauthar 7, Bandar Seri Alam, di sini kelmarin.

Advertisement

Ceramah telah disampaikan oleh Ikon Belia Negeri Johor, Ustaz Abdul Halim Hafidz di mana terdahulu program diserikan dengan majlis khatam al-Quran oleh anak-anak.

Selain itu, sambutan tersebut turut diceriakan dengan aktiviti mewarna, azan dan hafazan anak-anak, selain sumbangan kebajikan kepada golongan asnaf serta jamuan.

Timbalan Yang DiPertua PAS Pasir Gudang, Ab Aziz Abdullah merangkap Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor antara turut menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Selain para ibu bapa pelajar PASTI yang hadir memeriahkan aturcara, ramai anak muda turut mengikuti sesi ceramah dan solat berjamaah yang diadakan di situ.