Mutiara Nasihat: Kembali kepada Islam

Kembali apa yang diajar oleh Allah

Advertisement

Kita kena kembali balik apa yang diajar oleh Allah. Allah sebut dalam Quran:

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ

*_“Bila kamu bertelagah dalam satu urusan, (hidup kamu ini bila kamu bertelagah, kamu jangan rujuk pada persepsi manusia.) Kamu kena rujuk kepada (apa dia? Rujuk kepada) al-Quran dan Hadis.”_*

(an-Nisa’: 59)

Sekarang ini ustaz, orang kita ini cukup-cukup bercakap, kalau bercakap sikit, persepsi manusia. Cakap sikit, persepsi orang. Yang ini penuh dengan keyakinan. Dia tahu ke persepsi itu apa dia? Persepsi ini merupakan yang dinamakan dengan apa dia? Prasangka di kalangan orang itu sendiri.

Allah dah sebut dalam Quran:

إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ

*_“Sesungguhnya sebahagian prasangka itu penuh dengan dosa yang kamu lakukan.”_*

(al-Hujurat: 12)

Orang kita dia tak yakin dengan al-Quran. Dalam hidup ini kalau kita nak kembalikan balik kekuatan umat Islam, ataupun kita nak jadikan pemulihan dalam hidup kita ini berbalik kepada al-Quran, berbalik kepada Hadis Rasulullah.

Yang jadi masalah orang kita, Quran pun tak dibaca. Ramai mana di kalangan kita tak boleh baca? Hidup kita tanya, tak takut mati ke tak boleh baca Quran? Tak apa, kalau mati nanti orang tolong baca.

Baca Quran

Ramai di kalangan kita, ramai mana yang tak boleh baca Quran ini? Dia baca Fatihah pun tak boleh. Sampai berapa ramai isteri ini mengadu kepada saya, sebut kepada saya, ustaz, suami saya tak boleh jadi imam ustaz. Suruh jadi tok imam ini berkali-kali, suruh jadi tok imam, tak boleh. Akhirnya suami sebut, suami kata apa? Kalau sayalah jadi tok imam, nak sebutnya. Suaminya imam.

Kekuatan umat Islam

Yang pertama kalau kita nak balik semula kekuatan umat Islam, balik kepada Allah, balik kepada Rasul. Jangan kita tak balik kepada Rasul.

Bila kita nak balik kepada Allah dan balik kepada Rasul, maknanya kita kena balik kepada para alim ulama. Yang inilah yang Rasulullah sebut. Rasulullah sebut dalam Hadis Rasulullah:

صنفان اذا صلحا صلح الناس، وإذا فسدا فسد الناس، على وهي العلماء والأمراء

*_“ (Rasulullah sebut) Dua golongan kalau baik dua golongan ini, baiklah seluruh manusia atas dunia ini. Kalau buruk dua golongan ini, buruklah seluruh manusia atas dunia ini. Apa dia? Ulama dan kedua umara.”_*

Ini dua golongan ini.

Ulama yang jahat

Bila ulama yang jahat ini dia tidak bercakap tentang kebenaran agama. Bila ulama hanya sebut dengan keadaan mempertahankan jawatan dia, dia bimbang kehilangan kedudukan dia, sanggup dia sanggup untuk dia nak mempertahankan kedudukan dia untuk dia menggadaikan agama. Ini.

Zaman fitnah

Yang disebut dalam Hadis Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W sebut:

بادروا بالأعمال فتنا كقطع الليل المظلم

Rasulullah sebut,

*_“(Rasulullah sebut) Cepat-cepat kamu buat amalan. Dalam buat amalan ini, jangan sampai kamu sampai zaman satu fitnah, zaman fitnah. Masa yang gelap pekat.”_*

Bila masa gelap pekat tersebut?:

يصبح الرجل مؤمنا ويمسي كافرا

*_“Ada orang yang pagi hari dalam keadaan mukmin. Malam hari jatuh kafir.”_*

Ada orang yang pada dalam keadaan yang malam hari dalam keadaan mukmin, siang hari jatuh kafir.

يبيع دينه بعرض من الدنيا

*_“Dia gadaikan agama dia untuk kepentingan dunia.”_*

Yang inilah Islam ajar. Bila kita sampai tahap ini, kita hilang kekuatan. Bila pemimpin kita tidak lagi ada agama, bila ulama-ulama sudah memikirkan tentang perut dan kekenyangan dia. Dia fikir tentang kehidupan dia, dia tak fikir lagi tentang agama. Ramai mana ulama-ulama.

Kan di kalangan, saya minta maaf nak sebut, ada juga di kalangan kita bila dijemput ceramah, dia tetapkan bayaran. Berapa ramai di kalangan, bayaran pula bayaran bukannya seringgit dua, bukan sekadar nak melepaskan harga minyak, tapi dia nak ambil keuntungan untuk diri dia.

Ilmu kurniaan Allah

Ulama ini satu kedudukan yang dimuliakan oleh Allah. Allah nak muliakan. Ilmu yang ada ini, ilmu yang Allah bagi kepada kita pada hari ini, hasil daripada apa? Hasil daripada Allah yang kurniakan. Bila Allah kurniakan kepada kita ilmu, tentu suatu hari nanti Allah cabut, nak buat macam mana?

Saya ingat Tok Guru saya, Allahyarham Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dia cerita tentang mengenai satu peristiwa berlaku di kalangan seorang alim, ini mukmin Pakistan ke India, dia cerita. Suatu hari, dia bangun daripada tidur dia, dia tak ingat 30 juzuk al-Quranul Karim. Dia bangun daripada tidur, dia terlupa habis ilmu yang dia hafal. Al-Quran yang dihafal 30 juzuk itu, tak ingat langsung, nak baca Fatihah pun tak boleh. Dia menangis, dia menangis.

Saya ingat lagi dia cerita, dia menangis dan dia menangis. Dia sebut ya Allah, pulangkanlah kepada aku al-Quran ini. Pulangkan kepada aku al-Quran ya Allah. Aku takut kalau sekiranya al-Quran ini dah tak ada.

Allah pulangkan dua surah. Dua saja Allah pulangkan. Yang pertama Fatihah, dan Allah pulangkan al-Ikhlas.

Bila Allah pulangkan dua surah ini, dia uli tepung ustaz. Dia uli tepung, kemudian dia berdiri tepi jalan, dia masakkan roti tepung tadi dibuat roti, diagih-agihkan kepada setiap orang yang lalu-lalang kerana dia suka dia telah dipulangkan oleh Allah dua surah. Yang dia telah hafal 30 juzuk, hilang 30 juzuk, ingat hanya dua surah dalam diri dia. Ini nak sebutnya dalam satu malam.

Hidup kita ini, ilmu yang ada pada kita ini siapa yang bagi? Allah. Allah yang kurnia. Bila Allah kurniakan, balik semulalah apa yang kita ikrarkan, dalam solat kita, kita ikrar dalam solat kita, kita sebut apa dia?

إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 

Oleh kerana kita sebut demikian, semuanya kita buat kerana Allah. Bila kita buat kerana Allah dalam hidup kita, maka apa yang ada pada kita dikurniakan oleh Allah.

Oleh kerana demikian, saya nak sebut kalau kita nak balik semula kekuatan umat Islam pada hari ini, bagaimana cara lagi? Selepas daripada ada alim ulama, timbulkan keikhlasan di kalangan kita. Keikhlasan mesti ada.

Keikhlasan dalam setiap amalan. Kerana tak mudah orang kita nak jadi ikhlas. Dalam hidup kita ini, kita nak rumah tangga jadi ikhlas, susah. Kita nak apa dia? Kita nak bersahabat sama-sama kita ini nak jadi ikhlas, susah. Di kalangan kita ini, kalau bahasa mudah bagi saya, saya nak sebut apa dia? Lepas daripada kita ada alim ulama, ada pemimpin-pemimpin yang soleh dan sebagainya, lepas daripada itu, tolong bersihkan hati.

Setiap di kalangan kita ini tolong cuci hati kita ini kerana hati kita ini senang sangat dimasuki oleh syaitan. Nak buruk sangka senang.

Umara bersama ulama

Umara ini yang sentiasa mendengar al-Quran, sentiasa mengikuti al-Quran dan sentiasa mengikuti Hadis Rasulullah dan dengar nasihat para alim ulama.

Satu contoh yang mudah pada hari ini, saya buat contoh. Kita kena ucap terima kasih banyak-banyak kepada pihak pemerintah yang telah membenarkan untuk program-program sebegini. Jarang kita boleh dapat sebegini. Saya rasa ini sejarah pertama kali. Dalam sejarah di kalangan kita, di tempat yang sebegini kita dapat kebersamaan di antara dua kelompok. Satu kelompok yang disebut dengan ulama, satu lagi kelompok di kalangan umara.

Jadi golongan sebegini ini sentiasa dirapatkan di kalangan kita.

Hidup untuk akhirat

Hidup ini bukan untuk dunia. Hidup ini untuk akhirat. Bila kita hidup untuk dunia, kita akan menjadi bagaikan Komunis, kita akan menjadi bagaikan sekularis. Kita akan menjadi bagaikan yang disebut dengan sistem-sistem isme-isme yang sedang mengalami kehancuran.

Tetapi kita kena hidup untuk akhirat. Kita tak boleh hidup untuk dunia. Kalau kita hidup untuk dunia, kita akan menyesal waktu mana kita berada dalam kubur nanti. Semua isme-isme yang ada, sistem-sistem yang ada selain daripada Islam, semuanya hancur dan tersungkur. Tak ada isme yang boleh bertahan lama.

Sistem sekular yang mereka jangka boleh bertahan selama 100 tahun, tersungkur, belum sampai 100 tahun. Sistem yang disebut dengan Komunis, tersungkur.

Semua sistem kapitalis tersungkur. Tak ada yang boleh menyelamatkan kita, hanya Islam yang boleh menyelamatkan kita. Bila Islam yang boleh menyelamatkan kita, tak ada siapa yang boleh tolong kita bila kita dalam kubur nanti. Yang boleh tolong dalam kubur nanti, Komunis tak boleh tolong, sistem yang disebut dengan sekularis tak boleh tolong. Sistem isme-isme yang lain semua tak boleh tolong. Lalu pemimpin dia kena mesti bersama dengan Islam.

Pemimpin tak boleh lari daripada Islam. Macam mana pemimpin nak suruh bersama dengan Islam? Kena balik semula, kena ada ilmu. Rasulullah dia buat contoh, nak jadi pemimpin, syarat nak jadi pemimpin apa dia? Paling-paling tidak dia hafal surah al-Baqarah.

Hafal surah al-Baqarah paling-paling tidak. Kalau nak disebut cerita tentang bagaimana orang nak jadi pemimpin? Paling tidak dia jaga solat dia, dia jaga peribadi dia, akhlak dia. Siapa yang nak menjadi pemimpin tak kiralah dalam hidup kita. Kita ini ustaz, kalau tanya soalan masa orang meminang anak perempuan kita, tanya, dah hafal ke belum surah al-Baqarah? Tak terkahwin tak kena gaya. Tak terkahwin di kalangan kita ini.

Sultan Muhammad al-Fateh

Muhammad al-Fateh, Sultan Muhammad al-Fateh dia berjaya dibina oleh Rasulullah 600 tahun lepas daripada Hadis Rasulullah sebut. Rasulullah S.A.W sebut, sebaik-baik pemimpin, pemimpin yang membuka Kota Konstantinopel. Rasulullah sebut, sebaik-baik tentera, tentera yang membuka kota Konstantinopel.

Hadis Rasulullah itu dengan lahirnya Muhammad al-Fateh yang membuka tersebut sejarak lebih kurang 600 tahun. Dan Muhammad al-Fateh membina diri dia sehinggakan pembinaan jasad Muhammad al-Fateh itu menjadi kegerunan. Waktu mana dia ketuk Kota Konstantinopel itu, penuh dengan Kristian dalam yang disebut dengan apa dia? Hagia Sophia tersebut.

Allah angkat darjat

Pada usia 24 tahun, dia mengetuk pintu Kota Konstantinopel itu. Tiba-tiba dibuka sahaja Kota Konstantinopel itu, kedengaran takbir dan juga kedengaran syahadah:

اشهد ان لا اله الا الله، واشهد ان محمد رسول الله

Yang ini yang perlu. Kenapa? Kita bukan bawa yang disebut dengan Islam ekstremis, tidak. Kita kena faham, kita kena bawa Islam yang diajar dalam al-Quran, Islam yang diajar dalam Hadis Rasulullah S.A.W. Al-Quran ini mengajar untuk kita nak hidup. Macam mana kita nak hidup di dunia selamat? Macam mana kita nak membangunkan dunia ini? Bagaimana untuk kita menghancurkan kebatilan? Al-Quran sahaja yang boleh mengajar kita.

Manakala Hadis Rasulullah S.A.W menerangkan kepada kita tentang kebaikan-kebaikan yang terdapat daripada itu. Saya seru di kalangan masyarakat yang ada ini, pemimpin-pemimpin, ulama-ulama, mari kita duduk dalam majlis-majlis ilmu. Mari kita duduk bersimpuh dalam majlis ilmu. Tak akan turun darjat kalian bila kalian berada dalam majlis ilmu.

Bila kalian berada dalam majlis-majlis sebegini, Allah akan angkatkan lagi darjat ini. Pemimpin-pemimpin, kalian bukan boleh berbangga kalian boleh berada di kelab-kelab malam. Pemimpin-pemimpin dia tak boleh berbangga bila dia berada di hadapan penyanyi konsert-konsert tertentu. Pemimpin dia kena berbangga bila dia boleh berada dalam majlis ilmu bersama dengan para alim ulama. Bila pemimpin-pemimpin boleh duduk dengan para alim ulama, boleh mendengar pandangan-pandangan alim ulama, saling memberi pandangan dalam bergerak kerja ini, bumi ini akan subur.

Dan Insyaa Allah Masjid Aqsa itu kita akan sujud sebelum kita menghadap di hadapan Allah nanti.

Cara mendapatkan keikhlasan

Di antara kita nak jadi ikhlas, Allah turunkan kepada kita surah al-Ikhlas. Susahnya nak jadi ikhlas. Lalu Allah naikkan kedudukan, baca surah al-Ikhlas ini, kita baca sekali saja surah al-Ikhlas, pahala dia sama kita membaca satu pertiga al-Quran.

Dua kali kita baca surah al-Ikhlas, kita akan dapat dua pertiga al-Quran. Tiga kali kita baca surah al-Ikhlas, pahala dia macam kita baca semua al-Quran. Kalau kita hari ini macam mana nak suruh kita jadi ikhlas dalam hidup kita ini?

Saya tak nampak lain, kecuali kita kena duduk rajin membaca al-Quran. Bila kita rajin duduk membaca al-Quran, akan lahir perasaan keikhlasan. Satu dalam diri kita.

Yang kedua bersahabatlah dengan orang yang ikhlas. Jangan bersahabat dengan orang yang bermuka-muka dalam hidup. Bila kita duduk dengan sahabat-sahabat yang ikhlas, kita akan dapat rasa bagaimana nikmatnya sahabat yang berikhlas tadi. Ini kelebihan yang Allah kurniakan.

Yang ketiga, cuba belajar untuk bangun tahajud malam. Kena mencuba di kalangan kita. Termasuk saya, maksudnya demikian, termasuk kita, dengar, belajar untuk bangun tahajud malam.

Tahajud seperti Rasulullah

Kalau tak dapat macam Rasulullahlah, saya biasa sebut orang kita di kala yang terbaik boleh buat macam yang Rasulullah buat, itu yang terbaik. Rasulullah dia tidur, kemudian Rasulullah bangun dekat dengan pukul dua, pukul tiga pagi, Rasulullah bangun. Kemudian Rasulullah tidur balik. Kemudian Rasulullah bangun balik sembahyang subuh. Kalau yang boleh buat macam itu, paling untung kalian bolehlah.

Tapi saya tak nampak orang Melayu kita boleh buat. Orang Melayu kita ustaz, kalau dia tidur, dia bangun, dia tidur dia tak bangun-bangun.

Tahajud seperti Sahabat-sahabat Rasulullah

Yang kedua kalau kita tak boleh juga, saya sebut, kalau tak boleh juga, buatlah tahajud ini bagaikan Sahabat-sahabat yang buat tahajud dekat dengan menjelang subuh, kita bangun sembahyang sekejap walaupun dua rakaat pada diri kita.

Kalau tak dapat dua-dua, tak dapat dua-dua yang itu, maka kita ambil pendekatan yang ketiga. Ambil pendekatan yang ketiga, sebelum kita nak tidur, kita sembahyang tahajud dulu. Yang ini boleh dalam hidup kita. Cuma tidur itu sunat hukum dia. Sunat kita nak tidur dulu. Tahajud ini bermula bila? Lepas Isyak. Berakhir bila? Sebelum mana subuh. Ada ulama sebut buatlah sebelum mana kita nak tidur, sembahyang tahajud dahulu. Bila kita sembahyang tahajud dahulu pada diri kita ini, kemudian kita dah tahu dah kita ini jenis payah nak bangun. Orang sebut kalau tidur, tak bangun-bangun. Tapi yang kita ini kalau orang tak kejut, lusa pula bangun yang jenis payah nak bangun,

Lalu kita ini buat macam mana? Kita diajar supaya pada diri kita sebelum kita tidur tersebut, kita dah solat sekejap dua rakaat, kemudian kita tidur, doa pada Allah supaya Allah bagi panjangkanlah usia kita. Ini tip yang ketiga.

Untuk yang keempat, yang kelima kita sambung pada MyAqsa yang ketiga.

Bagi yang tak boleh bangun solat tahajud

Nak bangun solat pun tak apa. Tapi bangun. Kalau tak boleh juga sebutlah:

سبحان الله والحمدلله ولا اله الا الله والله اكبر

Sebut juga nama Allah. Kalau tak boleh juga, panjang ustaz.

سبحان الله والحمدلله والله اكبر

Panjang juga? Sebut Allah sajalah. Celik mata itu, Allah. Pejam mata. Sebut demikian.

Kalau tak boleh juga? Boleh talkin dah imam. Kalau tak boleh juga? Pergi dekat telinga dia sebut:

ما ربك

Lima ujian perlu dilalui dengan kekuatan

Yang dipesan dalam hidup kita ini kita perlu melalui ujian ini dengan kekuatan. Kekuatan yang tersendiri. Ujian kita apa dia dalam hidup kita ini? Disebut dalam Hadis Rasulullah. Rasulullah sebut ada lima benda yang kita akan lalui dalam hidup kita. Apa dia? _Mukmin Yuhsiduhu_, sama-sama kamu dengki dengan kamu. Kamu akan hadapi ujian ini.

Yang kedua ujian yang kamu kena lalui _Wa Munafik Yubghaduhu_ orang munafik yang benci kepada kamu. Bila kamu jadi orang mukmin, kamu kena ingat ada orang munafik yang benci kepada kamu. Mereka tak berhenti. Orang munafik ini tak berhenti, dia akan cari jalan untuk nak menunjukkan kebencian dia kepada kita. Digelar dengan gelaran-gelaran tertentu. Ditunjukkan dengan tunjuk benda-benda yang buruk untuk diri kita. Yang ini kita akan hadapi.

Yang ketiga, _Wa Kafirun Yuqatiluhu_, orang kafir yang akan bunuh kamu. Ingat betul-betul yang berlaku kepada umat Islam di bumi Palestin. Ingat betul-betul apa yang berlaku di umat Islam di bumi Arakan Rohingya. Lihat apa yang sedang berlaku di bumi Syria, orang kafir yang membunuh kamu. Dia bunuh bukan kerana sebab lain:

وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلَّا أَنْ يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ

*_“Mereka tak benci kepada kamu kecuali kerana kamu beriman saja kepada Allah. Oleh kerana kamu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa dan juga Yang Terpuji, yang menyebabkan mereka akan cari jalan untuk bunuh kamu.”_*

(al-Buruj: 8)

Kemudian ujian apa dalam hidup yang keempat dalam hidup kita ini? Syaitan yang akan cari jalan untuk menyesatkan kita. Berhati-hati kita. Dalam hidup ini saya ingin pesan kepada setiap mereka yang mendengar, termasuk diri saya, di antara benda yang kita kena jaga dalam hidup kita ini, syaitan cari jalan nak merosakkan kita dan menyesatkan kita. Sampai bila cari jalan? Dekat nak mati itu, dekat nak mati ini.

Rasulullah sebut ini dalam Hadis Anas Bin Malik R.A dia cerita, bila kita nak meninggal dunia ini, syaitan sebut ini, jangan mati dalam Islam, jangan mati dalam Islam. Kemudian matilah dalam Yahudi, menyamar menjadi arwah ayah kita ini. Dia sebut, wahai anakku, ini abah kamu, abah yang pernah membesarkan kamu. Wahai anakku jangan mati dalam Islam, matilah dalam Yahudi.

Ujian syaitan dan hawa nafsu

Sampai tahap itu, bila kita nak mengucap juga, dia mendatang menyamar menjadi arwah ibu kita, dia sebut dia kata apa dia? Wahai anakku jangan mati dalam Islam. Ini ibu kamu yang pernah menyusukan kamu. Dia goyangkan buah dada dia, dia tunjuk buah dada dia ini dalam keadaan dia sebut, susu inilah yang pernah menyusukan kamu waktu mana kamu sedang membesar dahulu. Wahai anakku, matilah kamu dalam Kristian. Disebut demikian, jangan mati dalam Islam.

Di Putrajaya ini ustaz, syaitan Putrajaya ini dia tak sebut matilah dalam Yahudi, syaitan Putrajaya ini dia tak sebut mati dalam Kristian, tapi dia sebut apa dia? Wahai anakku, matilah kamu dalam Islam liberal. Dia sebut demikian, Islam juga. Wahai anakku matilah kamu dalam Islam sekularis, matilah kamu dalam Islam liberalis yang menyebabkan kita jadi bingung. Bila kita tak bersiap dalam hidup kita dengan ujian ini. Ujian sampai tahap kematian kita.

Kemudian yang akhir sekali, kita akan hadapi ujian dalam hidup, _Wa Nafsun Tunazi’uhu_, hawa nafsu kamu yang seringkali menarik-narik diri kamu supaya kamu tidak mentaati perintah Allah.

Jadi mudah-mudahan lima perkara ini menjadi simpulan kepada perbincangan kita pada petang ini.