DHPP jadi jambatan PAS dengan warga Tionghua

KUALA TERENGGANU: PAS meneruskan agendanya mendekati rakyat tanpa mengira kaum dan agama, meski pun dilabel dengan pelbagai persepsi negatif bagi menjauhkan masyarakat bukan Islam dari parti itu.

Advertisement

Ini dapat dibuktikan apabila berlakunya kematian di kalangan warga masyarakat Cina, pemimpin PAS turut menziarahi ahli keluarga si mati itu tanpa rasa prejudis.

Peranan itu cukup baik dimainkan oleh Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang menjadi jambatan antara PAS dengan masyarakat non-Muslim di negeri ini.

Ketua DHPP Kawasan Kuala Terengganu, Jefri Chua berkata, sejak mutakhir ini penerimaan masyarakat Tionghua terhadap PAS semakin baik.

Jika sebelum ini menurutnya, warga Tionghua dan pengundi Cina khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar amat jauh dengan PAS, kini semakin dekat.-HARAKAHDAILY 30/1/2018

( Ikuti penjelasan beliau yang disiarkan penuh dalam Harakah cetak Bil.2320 edisi Jumaat ini nanti )