PAS Titiwangsa adakan khidmat sukarela kepada penduduk

TITIWANGSA: PAS Kawasan Titiwangsa telah mengadakan sebaran risalah penerangan serta khidmat cuci motor dan rawatan perubatan Islam percuma di PASTI Muhammad Al-Fateh, Kampung Baru, di sini kelmarin.

Advertisement

Program tersebut dalam usaha PAS mengeratkan hubungan bersama warga kota disamping menggalakkan aktiviti positif dan membudayakan khidmat kesukarelawan dalam kalangan masyarakat.

Menurut Pengarah Program, Azwan Sam Abdul Salam, program bertema “Titiwangsa PAS Pilihanku” itu sekali gus untuk membantu masyarakat menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin menekan kini.

Khidmat cuci motor telah dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Titiwangsa, sementara rawatan perubatan Islam as-Syifa’ dikendalikan perkhidmatannya oleh Setiausa Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Alfian Izaaz.

Azwan memaklumkan, pihaknya tidak menang tangan mengendalikan permintaan penduduk yang datang mendapatkan perkhidmatan dan penerangan, selain berharap pelaksanaannya lebih luas. –HARAKAHDAILY 30/1/2018