Kronologi gerhana bulan penuh

7:48 malam :Perhatikan kemunculan bayang-bayang gelap umbra yang muncul di sisi bawah Bulan. Mulakan cerapan 5 minit sebelum waktu rasmi. Bilakah kali pertama mata anda dapat melihatnya? Ketika ia tamat sekitar 11:11 malam, bilakah kali terakhir ia dapat dilihat?
 
7:488:51 malam : Perhatikan pergerakan bayang-bayang umbra merentasi permukaan Bulan sedikit demi sedikit. Sama juga ketika dalam fasa keluar bayang-bayang umbra, dari jam 10:07 – 11:11 malam.
 
Bermula sekitar 8:20 hingga 8:51 malam. Perhatikan warna kemerahan yang muncul pada bahagian gelap umbra. Bilakah ia boleh dilihat dengan mata kasar? Menerusi kamera, seawal bilakah ia sudah boleh dirakam? Ketika fasa bayang-bayang umbra keluar, bilakah kali terakhir anda dapat lihat warna ini? 
 
Tips  astrofoto .Panjangkan  waktu  dedahan  dan  biarkan  bahagian  cerah  Bulan  ‘overexpose’
 
Fasa gerhana penuh 8:51  hingga  10:07  malam.  Cuba perhatikan warna turquoise (biru kehijauan) pada sisi Bulan yang lebih cerah. Adakah ia mudah dilihat dengan mata? Atau perlukan teleskop? Kamera? 
 
Tips astrofoto: Pastikan  tiada  bahagian  Bulan  yang  ‘overexpose’  ketika  merakam  warna  ini.
 
Fasa gerhana penuh 8:51 hingga 10:07 malam. Perhatikan warna kemerahan Bulan. Adakah ia merah pekat atau merah terang? Adakah masih dapat lihat ciri-ciri di permukaan Bulan pada ketika ini?
 
Fasa gerhana penuh 8:51 hingga 10:07 malam. Perhatikan kawasan langit sekitar Bulan. Bandingkan jumlah bintang yang dapat dilihat sebelum gerhana, ketika gerhana dan selepas ia tamat. Adakah bilangan bintang semakin banyak kelihatan? Jika ya, kenapa? Bincangkan!
 
Tips astrofoto: Cuba rakamkan bintang-bintang berhampiran bulan ketika ia dalam fasa gerhana penuh dengan panjangkan waktu dedahan.
 
31 Januari 2018
 
Sumber: Falak Online
Advertisement