PAS Kelantan siap senarai calon

KOTA BHARU: PAS Kelantan telah siap menyenarai nama-nama calon yang bakal bertanding di negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.
 
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, PAS tidak menetapkan kuota khas kepada muslimat, pemuda atau ulama sebagai calon setiap kali PRU.
 
Bagaimanapun menurutnya pemilihan calon hanya dibuat melalui senarai nama yang diangkat kepada pimpinan negeri.
 
“Senarai calon itu bagaimanapun bukan keputusan muktamad kerana ia kemungkinan boleh berubah. Calon hanya muktamad bakal bertanding pada hari penamaan calon sahaja,” ujarnya di sini.
 
Senarai nama calon PAS kebelakangan ini diviral di media baharu oleh pihak tertentu.
 
“Bukan pihak kami yang viral, kalau kita senanglah kita jawab,” ujarnya. -HARAKAHDAILY 31/1/2018
Advertisement