Rekod PAS parti bebas rasuah

PANDAN: Kerajaan PAS di Kelantan tidak bersifat autonomi kerana masih terikat dengan Perlembagaan Negara iaitu tanggungjawab terhadap pemerintahan di mana pengurusan negeri Kelantan masih menjadi bidang kuasa Kerajaan Pusat.
 
Dalam erti kata lain perubahan secara menyeluruh untuk melaksanakan dasar pemerintahan berlandaskan Islam tidak mampu dibawa dan diterapkan sepenuhnya kerana kekangan kuasa dari Kerajaan Persekutuan terhadap kerajaan PAS di Kelantan.
 
Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin ketika menjawab persepsi kelemahan-kelemahan merangkumi jenayah, masalah sosial dan sebagainya di negeri tadbiran PAS itu.
 
Kelantan katanya, walaupun telah 27 tahun mempraktikan dasar pentadbiran berasaskan Islam dengan perubahan yang cuba dilakukan PAS secara menyeluruh, namun masih di peringkat pelaksanaan disebabkan kekangan kuasa pentadbiran Kerajaan Pusat sendiri.
 
“Atas dasar itulah PAS mengambil pendekatan dalam bidang pengurusan etika rakyat, sahsiah rakyat, maka kita bekerja dengan Kerajaan Pusat untuk memperkasakan akta Mahkamah Syariah iaitu Akta 355.
 
“Adapun di peringkat awal kita berusaha untuk memastikan dengan segala pelaksanaan di peringkat pentadbiran PAS negeri Kelantan dengan sedaya upaya kuasa yang diberikan,” katanya. -HARAKAHDAILY 31/1/2018
 
(Ikuti kupasan lanjut beliau yang disiarkan penuh dalam Harakah cetak Bil.2320 edisi Jumaat ini)
Advertisement