Takkan DAP nak tanam durian dalam pasu?

TELUK KUMBAR: Pembangunan pesat yang dijalankan di seluruh Pulau Pinang di bawah pentadbiran Kerajaan DAP semakin meminggirkan kebudayaan dan warisan di negeri ini.
 
Pembangunan berkepentingan kroni dan politik DAP itu bagaimanapun menatijahkan kemusnahan alam sekitar dan banjir besar yang berulang setiap masa.
 
Bagi Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff, sepatutnya pembangunan yang dirancang tidak mengetepikan kepentingan terbanyak termasuk pemuliharaan alam sekitar, warisan dan kebudayaan.
 
Beliau berkata demikian semasa mengadakan tinjauan lapangan bersama krew Harakah TV di Permatang Damar, dekat sini sebentar tadi.
 
Turut serta Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dan Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Bukit Bendera, Saiful Lizan Md Yusoff.
 
Dahulu katanya, Pulau Pinang terkenal dengan pengeluar durian, namun hari ini sejak pembangunan pesat, kebun durian semakin berkurangan.
 
Kata beliau, sepatutnya Kerajaan Pulau Pinang memikirkan untuk membantu masyarakat membangunkan semula dusun-dusun durian agar ianya menjadi tarikan tambahan kepada pelancong, selain pendapatan tambahan masyarakat di sini.
 
Malangnya ujar beliau, Kerajaan DAP hanya mementingkan pembangunan mewah yang tidak memberi manfaat kepada rakyat asal dan kebanyakan di Pulau Mutiara ini.
 
“Takkan nak tanam durian dalam pasu? Sepatutnya di perkampungan jadikan kawasan penanaman durian. Kerana Pulau Pinang ni dulu terkenal dengan durian, nak tanam bukan di kawasan bandar,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 31/1/2018
 
(Lanjut pendedahan isu pembangunan di Pulau Pinang akan diterbitkan dalam keluaran Harakah cetak Bil.2321 edisi Isnin hadapan dan dalam HarakahDailyTV yang akan disiarkan secara bersiri)
Advertisement