Royalti: Tidak berbangkit belanjawan defisit

KOTA BHARU: Tidak berbangkit belanjawan Kelantan defisit sekiranya Kerajaan Pusat tidak menyekat bayaran royalti petroleum yang dianggar RM900 juta setahun.

Advertisement

Presiden R (Royalti) Kelantan, Nazri Deraman berkata, Kelantan mempunyai pendapatan daripada hasil royalti yang dinafikan Kerajaan Pusat.

“Ia adalah bayaran tunai yang dikenali sebagai royalti terhadap pengeluaran petroleum di perairan Kelantan.

“Perkara itu termaktub di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974,” katanya di sini.

Baru-baru ini Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak ketika datang ke Kelantan memberitahu negeri itu perlu suntikan kewangan daripada Kerajaan Pusat bagi membayar gaji. HARAKAHDAILY 1/2/2018