Cawangan Semayor bermesyuarat agung kali ke-32

KEMAMAN: Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-32 PAS Cawangan Semayor telah dilangsungkan dengan jayanya dan dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Hazri Jusoh.

Advertisement

Motivasi untuk menempuh PRU14 yang bakal diadakan bila-bila masa menjadi antara perhatian para perwakilan mesyuarat agung tersebut yang diadakan di Markaz Tarbiah Al-Huda, Surau Al-Huda, Semayor di sini sebentar tadi.

Ketua PAS Semayor, Ustaz Alias Hamid dalam ucapannya merangsang semua hadirin betapa tanggungjawab untuk membela Islam dan memperjuangkan hak rakyat hanya tersandar di bahu PAS.

Sebaliknya tegas beliau, terbukti Umno-BN mahupun Pakatan Harapan tidak boleh diberi kepercayaan apatah lagi melihat kedua-dua komponen membiar dan menyebabkan Islam dihina.

Ustaz Hazri dalam ucapannya menyeru seluruh jentera mengambil iktibar kisah Perang Tabuk dan mengadakan persiapan sewajarnya untuk hadapi PRU14 dengan meletakkan keikhlasan dan keyakinan kepada perjuangan.

Hadir sama Ketua Ameerah Dun Kemasik, Nur Izana Alisah dan seluruh Ahli Jawatankuasa PAS Semayor. -HARAKAHDAILY 2/2/2018