Mengorak langkah menangi Dun Pengkalan Berangan

MARANG: Dewan Pemuda PAS Malaysia yakin jika momentum gerak kerja parti dapat diteruskan, parti itu akan berjaya menawan kembali Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Berangan.

Advertisement

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, ini kerana PAS telahpun ketika ini berjaya menguasai tiga Dun dan Parlimen Marang.

“Dun Pengkalan Berangan ini menjadi satu-satunya Dun yang tak berjaya kita (PAS) tawan pada PRU13 yang lalu.

“Momentum untuk kita (PAS) kekalkan Parlimen Marang. Mengekalkan Dun-Dun yang telah kita menangi iaitu Dun Alor Limbat, Dun Bukit Payung, Dun Rhu Rendang dan insya-Allah, kita merampas semula Dun Pengkalan Berangan.

“Seterusnya, meneruskan momentum kemaraan PAS ke Wisma Darul Iman, insya-Allah,” tegasnya ketika berucap pada Himpunan Anak Muda Marang (Hikam) 2.0 di Kampung Padang Mengkuang, Batu 10, Pengkalan Berangan, di sini, semalam. – HARAKAHDAILY 2/2/2018

(Ikuti hujahan lanjut beliau yang akan disiarkan dalam Harakah cetak Bil.2321 edisi Isnin depan)