PAS Pasir Gudang cadang tandingi dua-dua Dun

PASIR GUDANG: PAS Kawasan Pasir Gudang yang merupakan paling Selatan negeri Johor bercadang untuk menandingi kedua-dua Dun dalam Parlimen tersebut iaitu Johor Jaya dan Permas pada PRU14 ini.

Advertisement

Tekad itu dilafazkan Yang DiPertua PAS Pasir Gudang, Azhari Mohd pada majlis perasmian pembukaan Bilik Gerakan Pilihan Raya PAS N.42 Dun Johor Jaya baru-baru ini.

Sebelum ini PAS hanya bertanding di N.43 Dun Permas dan selepas itu giat melaksanakan gerak kerja dalam Dun Johor Jaya terutama berkaitan kebajikan dan menangani isu-isu setempat.

Bagaimanapun, pihak mereka akur serta menyerahkan sepenuhnya keputusan dalam menentukan percaturan tersebut kepada PAS Negeri Johor dan PAS Pusat.

Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin ketika berucap pada perasmian itu melahirkan harapan agar kesungguhan ahli dan pimpinan PAS Pasir Gudang akan menatijahkan kejayaan.

Hadir sama pada majlis itu adalah Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Johor, Ab Aziz Abdullah dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Johor, Kumuta Rahman.-HARAKAHDAILY 2/2/2018