Ameerah Johor gerak agenda penerangan menerusi konvoi

BATU PAHAT: Lajnah Ameerah Dewan Muslimat PAS Negeri Johor telah menggerakkan agenda penerangan PAS menerusi penganjuran Konvoi Muslimat Muda yang diadakan di Dun Senggarang, di sini semalam.
 
Menerusi program tersebut, mereka mengadakan edaran risalah Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051 secara kreatif selaras kecenderungan generasi kini.
 
Program dipimpin Ketua Ameerah Johor, Siti Umairah Samsudin yang disertai wakil-wakil Ameerah seluruh negeri itu telah menjelaskan kepada masyarakat mengenai solusi PAS dalam menangani masalah-masalah semasa.
 
Selain edaran risalah itu, konvoi tersebut turut membuat agihan minuman percuma kepada jamaah yang hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Senggarang dan Masjid Kampung Baru, di sini.
 
Sementara itu, Naib Ketua Muslimat PAS Johor, Siti Fatimah Awang memaklumkan, Muslimat Muda PAS akan bergiat lebih aktif meneruskan aktiviti seperti itu ke peringkat kawasan-kawasan.
 
“Tujuan kami supaya dapat menyebarkan Islam kepada masyarakat khususnya golongan muda agar pemahaman mereka lebih terarah.
 
“Menerusi program seumpama ini menjadi salah satu cara Muslimat Muda PAS memberi penerangan dan mendekatkan masyarakat kepada PAS,” ujar beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya Muslimat PAS Johor. – HARAKAHDAILY 3/2/2018
Advertisement