Kibaran bendera kobar semangat menuju PRU14

KEMAMAN: Bendera PAS adalah sebahagian syiar parti yang kibarannya menjadi kobaran semangat dan menyuntik semarak sekalian ahli PAS dalam menempuh cabaran perjuangan menegakkan Islam.
 
Menjadi satu kemegahan dan kebanggaan apabila dapat menegak julang panji Hijau Putih yang menjadi simbol keberadaan dan kekuatan itu hingga ia terpandang oleh sesiapa sahaja.
 
Atas perasaan itulah dan mendokong misi ke arah memerintah Terengganu, 20 anggota jentera PAS dari UPU Tok Kaya telah bersama menaikkan bendera besar pada batu ikonik di Pantai Kuala Kemasik, di sini semalam.
 
Menurut Timbalan Ketua Pemuda Dun Kemasik, Shahrim Ibni Hajar, pemasangan bendera itu adalah satu mercu tanda keberadaan PAS di Dun tersebut, selain signal bahawa jentera PAS siap siaga menanti semboyan PRU14.
 
Hadir sama meraikan kesungguhan para petugas parti itu adalah Ketua PAS Cawangan Tok Kaya, Nordin Salleh serta para pimpinan setempat. – HARAKAHDAILY 3/2/2018
Advertisement