Seruan menangkan PAS di Perak

SEMALAM Bandar Meru Raya Ipoh menjadi saksi lautan manusia memenuhi Himpunan Perak Istiqamah. Jumlah kehadiran melebihi sasaran yang ditetapkan. Himpunan ini membuktikan komitmen padu tanpa berbelah bahagi dari pendokong dan penyokong PAS di Negeri Perak .
 
Saya ingin mengambil ruang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS negeri Perak kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi pengarah kepada himpunan ini.
 
Kepada Dewan Pemuda, Dewan Ulamak, Dewan Muslimat, PAS kawasan-kawasan dan seluruh platform yang berada di bawah PAS, terima kasih atas komitmen tinggi yang diberikan bagi menjayakan program ini. Buat seluruh jawatankuasa dan petugas HIMMAH12K, kalian adalah yang terbaik kerana telah bertungkus lumus dalam menjayakan himpunan berskala besar ini.
 
Untuk makluman, permohonan keahlian baru PAS yang didaftarkan semasa himpunan semalam juga di luar jangkaan. Alhamdulillah, jumlah kutipan sumbangan dari seluruh hadirin sebanyak RM RM32,680.96
 
InshaAllah ikrar menuju kemenangan PAS Perak yang dilafazkan malam tadi di hadapan Tuan Guru Hj Abdul Hadi (Presiden PAS) membuktikan komitmen, kejituan dan kesungguhan kita memenangkan PAS Perak di semua kerusi-kerusi Dun dan Parlimen yang ditandingi dalam PRU 14 ini.
 
HAFEZ SABRI
Pengarah HIMMAH12K – HARAKAHDAILY 4/2/2018
Advertisement