Islam membuka, tidak memaksa

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyebut:

Advertisement

Islam yang datang ke sini adalah Islam yang berdaulat, Islam yang memerintah bukan Islam yang diperintah. Bukan Islam yang berkurung di masjid dan surau. Islam yang bergerak di medan rakyat. Rahmat Islam yang sempurna ini telah berjaya mengIslamkan penduduk Nusantara termasuk Negeri Perak di Tanah Melayu ini yang rata-rata menganut agama Hindu dan agama Buddha.

Mereka tidak dipaksa untuk masuk Islam kerana tidak ada paksaan dalam agama. Melalui pemerintahan Islam yang adil kepada seluruh rakyat, Islam yang tidak boleh memperhambakan sesama manusia. Pemerintah, pemimpin negara hanyalah pemegang amanah yang wajib menyampaikan syariat Allah yang adil sehingga ditegakkan syariat itu di atas muka bumi.

Dengan Islam yang adil inilah tidak sampai satu abad, Islam telah berjaya menguasai sebahagian Benua Asia, Utara Afrika, dan Selatan Eropah. Jatuhnya kuasa besar dunia Parsi dan Rom, pengaruh Islam masuk ke India, China, Mesir dan lain-lain. Rakyat yang diperhambakan di zaman pemerintah berlagak menjadi tuhan, walaupun di sana ada agama-agama sama ada Samawi, Yahudi dan Kristian, atau tidak Samawi, Hindu Buddha dan lain-lain. Agama ini berkurung di kuil-kuil, pemimpin-pemimpin agama menyalahgunakan kefahaman agama untuk memperhambakan manusia.

Ikuti teks transkrip penuh dari ucapan beliau pada Perasmian Wisma Purnama Station 18, 3 Februari di  Wisma Purnama Station 18, Gopeng yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah) – HARAKAHDAILY 5/2/2018