Jerayawara Jabatan Amal jelajah seluruh Sabah

KOTA KINABALU: Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah (JAMNS) telah mengadakan jerayawara yang dinamakan Roadshow JAMNS yang bermula di Pantai Barat dan akan diteruskan ke seluruh negeri Sabah, semalam.

Advertisement

Siri jerayawara ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada anggota Jabatan Amal di peringkat Kawasan-kawasan mengenai bidang tugas asasi dan semasa pasukan tersebut.

Pengarah Jabatan Amal Sabah, Masru Mustaqeem berkata, ia meliputi etika pemakaian, keselamatan PRU dan sedikit penerangan mengenai modul pelaksanaan Briged dan Kadet Amal di peringkat institusi pendidikan.

Jerayawara ini akan dilaksanakan secara bersiri melibatkan tiga zon besar iaitu Pantai Barat, Pantai Timur dan Sandakan negeri di Bawah Bayu itu.

Siri pertama yang diadakan di Pejabat Pemuda PAS Negeri Sabah telah disertai oleh Masru bersama-sama Ahli Lembaga Pengarahnya yang berada di Zon Pantai Barat.

“Diharap dengan pelaksanaan roadshow ini dapat melahirkan kepimpinan Jabatan Amal ke arah profesional dan proaktif.

“Saya juga berharap agar kawasan-kawasan dapat mengadaptasikan segala modul yang telah dibentangkan untuk kegunaan diperingkat kawasan masing-masing,” tambahnya.-HARAKAHDAILY 5/2/2018