Sungai berbuaya bukan halangan Muslimat berdakwah

JARAK perjalanan jauh dan keadaan sungai yang dihuni buaya tidak sedikitpun menjadi halangan menunaikan tanggungjawab mengikuti agenda pentarbiyahan.

Advertisement

Demikian semangat dizahirkan para peserta program Gelombang Akifi di Madrasah Kampung Rukon, pedalaman Pitas, Sabah yang diadakan kelmarinbdan semalam

Program anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah itu teah melibatkan penyertaan ramai kanak-kanak perempuan, kaum wanita dan ibu, termasuk bukan Islam.

Ustazah Nuridah Muhd Salleh dan Dr Mardhiyah Hayati Salleh mengetuai sendiri siri dakwah dan munajat bagi kemenangan Islam itu bersama masyarakat setempat di Pitas.

Ketua Muslimat PAS Kawasan Kudat, Dausieh Queck bersama seluruh PAS Kudat semenangnya amat mengalukan sokongan dan usaha semua pihak untuk menyampaikan dakwah Islam kepada masyarakat setempat.

Ustazah Nuridah sendiri merasa begitu terharu dengan kehadiran ramai sekitar 60 peserta yang kebanyakannya muallaf sanggup bermalam di Madrasah Kampung Rukom semata-mata untuk menuntut ilmu.

Beliau turut menyatakan kekesalannya terhadap Kerajaan BN kerana negeri Sabah sangat kaya dengan hasil bumi tetapi rakyatnya dibiar hidup dalam kemiskinan.

Beliau menyeru masyarakat Pitas memberi sokongan kepada PAS dalam PRU 14 kerana PAS memimpin dengan adil dan berpegang bahawa setiap perlakuan di dunia ini akan dipersoalkan kembali di akhirat.

Ketua Muslimat PAS itu mengutarakan Kerajaan PAS di Kelantan sebagai teladan di mana walaupun telah lebih 20 tahun memerintah, namun diiktiraf bebas rasuah oleh pelbagai pihak.

Pada hari kedua program, telah diadakan aktiviti pertandingan mewarna dan uji minda untuk kanak-kanak yang mendapat penyertaan sangat memberansangkan.

Kesungguhan masyarakat di sini untuk menuntut ilmu telah terbukti dengan kehadiran seorang muslimat muallaf yang hadir membawa bayi kembarnya berusia sebulan.

Ibu-ibu dan anak-anak kecil turut teruja dan penuh bersemangat ketika mengalunkan zikir munajat pimpinan Ustazah Nuridah.

Para peserta termasuk non-Muslim yang hadir turut tertarik mendengar tazkirah istimewa tentang Nikmat Syurga dan Fardhu Ain yang menyentuh bab solat dan wuduk dengan bimbingan Ustaz Abu Azzam dan Ustazah Andi.

Pihak Muslimat PAS Malaysia dan Muslimat PAS Sabah seterusnya berkesempatan menziarahi beberapa keluarga asnaf masyarakat Pitas bagi menyampaikan sumbangan.

Pemberian tersebut berupa barangan dapur termasuk cenderahati poster mengenai cara berwuduk dan solat yang menarik serta mudah difahami terbitan Lajnah Dakwah Muslimat PAS Malaysia.

Kemesraan dan ukhuwwah yang terjalin erat bersama masyarakat Pitas akan terus memantapkan usaha dakwah PAS dalam memberikan kefahaman Islam sehingga usaha menegakkan kepimpinan Islam yang memberikan keadilan didokong oleh semua pihak. – HARAKAHDAILY 5/2/2018