Ajarkan Aku Solat bimbing kesempurnaan ibadah

PUTATAN: PAS Kawasan Putatan dengan kerjasama Masjid Sembulan telah mengambil inisitif menganjurkan Ajarkan Aku Solat 1.0 untuk kaum wanita yang dilangsungkan di masjid itu, di sini kelmarin.

Advertisement

Usaha itu nyata telah mendedahkan peserta kepada solat yang sempurna di mana rata-rata mereka datang dari sekitar Sembulan dan Putatan, malah juga Telipok, Manggatal dan Tuaran.

Menerusi kursus siri pertama itu, peserta dijelaskan mengenai kepentingan solat dan kewajipannya, asas-asas bersuci dan diikuti praktikal solat.

Ketua Syukbah Muslimat Masjid Sembulan, Alipah Ambiah berkata, wanita di situ amat memerlukan pendidikan solat kerana ramai lagi belum mengetahui cara yang betul.

Penganjuran itu mengutama dan merai penyertaan juga dari muallafsebagai tanda sokongan dan motivasi kepada mereka. – HARAKAHDAILY 6/2/2018