Bawa mesej “Kamek Prihatin Kesihatan Kitak”

PETRA JAYA: PAS Kawasan Petra Jaya telah menganjurkan Hari Kesihatan dengan membawa tema “Kamek Prihatin Kesihatan Kitak” yang dijalankan sekitar Samariang, di sini kelmarin.

Advertisement

Menerusi program tersebut, perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma diberikan kepada penduduk yang dikendalikan sepenuhnya oleh Muslimat Medical Team (MusMedik).

Kanak-kanak turut disantuni dan diceriakan sempena program tersebut dengan aktiviti pertandingan mewarna dengan hadiah disampaikan Ketua Pemuda Petra Jaya, S Muhammad Salim Sharif.

PAS Petra Jaya turut mengadakan sumbangan sekampit beras kepada keluarga kurang berkemampuan yang disampaikan oleh Ketua Muslimat Petra Jaya, Habsah Bujang.

Turut diadakan ialah jualan amal pakaian terpakai dengan harga murah dan cabutan bertuah, selain sesi penerangan mengenai PAS oleh Ketua Penerangan PAS Petra Jaya, Farhan Bahrudin.

Sambutan dari masyarakat terbukti apabila kaunter keahlian PAS pada hari tersebut menerima ramai permohonan dan reaksi mereka bahawa PAS membawa agenda kepentingan rakyat.-HARAKAHDAILY 6/2/2018