Dialog: Presiden PAS jawab isu semasa

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyebut:

Advertisement

Kita nak menyatukan kaum tak sama dengan menyatukan kayu dengan batu. Nak menyatukan kayu dan batu mesti diikat dengan simen, mesti diikat dengan tali. Diberkas, boleh dibuat begitu sahaja. Manusia ini ada akal, manusia ini ada rasa hati dia, ada perasaan dia, mesti menghormati perasaan dia, menghormati hati dia. Yang boleh menyatukan kaum ialah adil untuk semua. Menyatukan kaum. Adil untuk semua menunaikan hak terhadap semua. Jangan sekat hak masing-masing, menghormati antara satu sama lain. Yang menyatukan kaum bukan sebab ekonomi sahaja, bukan sebab politik sahaja, sebab konsep adil untuk semua dalam segala aspek, ini mesti dilaksanakan. Kalau kita laksanakan dasar adil untuk semua, rakyat akan menghormati kerajaan. Kerajaan bersifat rahmat terhadap rakyat, maka wujud perpaduan kaum, perpaduan kaum.

Orang Islam dididik begitu. Dididik begitu. Kalau berlaku hal-hal yang lain, ini bukan daripada ajaran Islam yang kita kena faham. Saya yakin dan percaya, dalam masa kita memerintah Kelantan, memerintah Terengganu sekejap, memerintah memimpin Kedah, kita telah menghidupkan dasar-dasar yang positif, yang boleh diterima oleh semua pihak dalam masa yang sama kita menerima pandangan-pandangan semua pihak yang perlu kita nilai. 

Ikuti teks transkrip penuh dari jawapan beliau pada Dialog Presiden PAS bersama NGO India, 4 Februari di  Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah) – HARAKAHDAILY 6/2/2018