MAT Muslimat Tawau tekan soal istiqamah

TAWAU: Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-25 dengan jayanya di Madrasah Darul Hidayah, Sungai Imam, di sini semalam.

Advertisement

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Yang DiPertua PAS Tawau, Mohamad Husain yang dalam ucapannya menyingkap kisah pengorbanan para Muslimat di awal penubuhan PAS di Tawau.

Beliau menasihati para Muslimat mencontohi pengorbanan Muslimat generasi peristis yang istiqamah dengan perjuangan dan menyarankan agar menziarahi mereka berikutan sudah lama tidak mengikuti program jemaah.

Tambah beliau lagi, selari dengan penubuhan Kelab Assabiqun oleh PAS Pusat, maka wajarlah mereka yang telah lama berjuang dalam PAS dan tidak mampu seaktif dulu menjadi ahli Kelab Assabiqun.

Selain itu , beliau  juga berterima kasih kepada Dewan Muslimat atas usaha giat membantu meningkatkan jualan Harakah dengan menjadi pelanggan tetap.

Ketua Muslimat PAS Tawau, Mandina Ladale pula menyentuh mengenai “Istiqomah Hingga Kemenangan” yang menjadi tema Mesyuarat Agung tersebut antaranya bahana keciciran.

Mesyuarat ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Zaiton Ahmad sebagai pemerhati jemputan dan majlis sama turut dilancarkan Jentera Pilihan Raya PRU14 oleh Mohamad. – HARAKAHDAILY 6/2/2018