PAS ambil semula Permatang Pauh

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyebut:

Advertisement

Bila British mahu mengadakan pilihan raya tahun 1951, persiapan untuk kemerdekaan, PAS mesti menjadi parti politik. Haji Ahmad Fuad Yang di-Pertua PAS yang pertama buat di Pulau Pinang meletakkan jawatan daripada PAS. Dr Haji Abbas Alias mengambil alih. Dr Haji Abbas ialah bekas Pengarah Hospital Universiti yang meninggal dunia di akhir tahun 80-an. Saya dengar cerita daripada beliau sendiri, bagaimana usaha menjadikan PAS parti politik untuk bertanding pilihan raya tahun 1955.

Dr Haji Abbas pergi di pejabat pendaftaran nak tubuhkan PAS jadi parti politik kerana nak masuk pilihan raya. Di mana ketua jabatan pendaftar pertubuhan parti-parti politik (ialah) orang putih, orang putih. Timbalan dia seorang India Hindu bukan orang Islam, India Hindu. Dr Haji Abbas yang pernah menjadi pegawai perubatan di Kuala Lumpur, di masa pemerintahan Jepun berjasa menyelamatkan Hindu yang ditahan ini, yang hampir dijatuhkan hukuman bunuh oleh Jepun. Masa pemerintahan Jepun.

Dr Haji Abbas dengan jasa baik kerana Jepun menghormati pegawai perubatan. Maka kawan kita Hindu ini dibebaskan daripada hukuman mati. Kebetulan bila British datang, dia jadi Timbalan Pengarah Pendaftar Pertubuhan.

Bila Dr Haji Abbas datang, masa itu orang putih yang jadi bos tak ada di pejabat, tak ada. Ini diatur oleh Allah Taala. Hindu yang bukan Islam ini melihat Dr Haji Abbas yang pernah menyelamatkan dia masa Jepun. Terus datang. Mengapa Dr datang? Dr Haji Abbas cakap saya nak daftarkan PAS jadi parti politik. Lalu orang Hindu itu ambil pen tenyeh sain terus. Ini ceritanya. Maka PAS jadi parti politik. Yang sainnya Hindu bukan Islam jadi parti politik. Dan PAS masuk pilihan raya.  

Ikuti teks transkrip penuh dari ucapan beliau pada Amanat Presiden PAS PRU-14, 4 Februari di  Hadapan Masjid Jamek Kubang Semang yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah) – HARAKAHDAILY 6/2/2018