Semangat merah warnai MAT Pemuda Tawau

TAWAU: Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau Kali Ke-28 telah berlangsung di Dewan Sri Al-Fateh, Taman Ria, di sini kelmarin.

Advertisement

Majlis dengan penuh semangat ‘Tentera Merah’ itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Yang DiPertua PAS Tawau, Muhamad Nasir Ali.

Dalam ucapannya, beliau menyeru agar para pemuda menjadi tunjang utama yang menghidupkan program jamaah walau sesibuk manapun.

Ujar beliau, pemuda wajar mencontohilah Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz di mana walaupun sentiasa sibuk, namun mengkhususkan masa untuk program jamaah.

Terdahulu Ketua Pemuda PAS Tawau, Muhd Arizam Elias menyeru agar Pemuda menggiatkan diri dengan masyarakat umum dan masjid khususnya sekitar Tawau.

Ini kerana katanya, Pemuda adalah watak yang cergas dan berdaya terbaik dalam membawa serta menggerakkan agenda islah dan tajdid.

Beliau juga memperingatkan agar Pemuda tidak membina tembok sendiri atau syok dengan watak-watak dalam harakah semata.

Nasihat beliau lagi, atau Pemuda hanya terlibat program ‘inhouse’, namun malas ke majlis ilmu di masjid-masjid dan usrah .

Beliau menganjurkan Pemuda agar menjadi ‘Public Figure’ dan ‘Public Speaker’ untuk isu-isu ummah dan agama di Sabah khususnya di Tawau.-HARAKAHDAILY 6/2/2018