Gazet kawasan rayau ikut suku kaum

KOTA BHARU: Kerajaan negeri sedia memberi kerjasama kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) untuk mengazetkan kawasan rayau mengikut suku kaum Orang Asli.

Advertisement

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, proses pewartaan tempat rayau Orang Asli mengambil masa kerana prosesnya agak lambat.

“Kita sedang berusaha mempercepatkannya. Kita ambil kira pandangan masyarakat Orang Asli untuk menetapkan kawasan tersebut mengikut suku kaum mereka,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, masyarakat Orang Asli kurang berminat memiliki geran secara individu seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

Menurutnya mereka mahu geran untuk masyarakat secara umum mengikut suku kaum tertentu.-HARAKAHDAILY 7/2/2018

( Ikuti penerangan lanjut beliau yang disiarkan dalam terbitan Harakah cetak Bil.2322 edisi Jumaat ini )