‘Pemain import’ pertahan PAS di Kelantan

KOTA BHARU: Sekiranya ada ‘pemain import’ (calon luar) yang akan bertanding di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ia bagi mempertahankan kemenangan PAS di negeri itu.

Advertisement

Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, sekiranya perkara itu berlaku, pihaknya yakin ahli dan penyokong dapat menerima keputusan pemimpin.

Katanya juga selepas tiada lagi kumpulan yang memberontak’ PAS sekarang terdiri daripada mereka yang lebih berdisiplin.

“Mereka juga akan patuh dengan keputusan dibuat pucuk pimpinan. Lagi pun sekiranya ada calon luar ia akan diwakili pemimpin utama parti,” katanya.

Beliau menjelaskan perkara itu selepas majlis meraikan tetamu dari Tunisia, Ketua Setiausaha Dunia Federasi Sufism, Dr Mazen Cherif. HARAKAHDAILY 7/2/2018