R Perantauan perjuang royalti

KOTA BHARU: Royalti Kelantan (R) melancar R Perantauan bagi menggerakkan aktiviti dan kempen menuntut royalti petroleum di sekitar kawasan Lembah Klang.

Advertisement

Presiden R, Nazri Deraman berkata, pelancaran R Perantauan bagi menggerakkan kempen tuntutan royalti petroleum di seluruh negara.

“Isu tuntutan royalti adalah antara isu paling banyak disentuh pimpinan kerajaan negeri dan wakil perantau yang menyampaikan ucapan,” ujarnya merujuk himpunan anak perantau yang diadakan baru-baru ini.

Antaranya melibatkan kehadiran NGO Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan), Persatuan Kaum India Kelantan, Persatuan Taxi Anak Kelantan-KL, Ukhwatun, ILMU dan Markas Siswazah Kelantan (MSK).

“Berdasar perkembangan itu sekaligus menolak tohmahan pimpinan kerajaan negeri tidak serius dalam perjuangan menuntut royalti petroleum,” ujar Nazri.

Beliau juga berkata, aktivis R yang berasal dari Kampung Permatang Rambai, Pasir Puteh, Sabri Mahmud dilantik sebagai pengerak R Perantauan.

Tambahnya, R juga bercadang untuk membuat pelantikan baru NGO tersebut bagi memperkemaskan organisasi di semua peringkat sama ada di Kelantan dan luar Kelantan.-HARAKAHDAILY 9/2/2018