Jangkaan pencapaian PRU14 PAS Selangor

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan menjangkakan PAS Selangor mampu mengulangi pencapaian yang lebih baik pada PRU14.
 
Menurut beliau, PAS Selangor mampu mencatat keputusan dengan memenangi lebih banyak kerusi Dun dan Parlimen pada PRU yang bakal diadakan tidak lama lagi itu.
 
Terangnya, ada asas PAS Selangor meletakkan calon di 42 kerusi Dun kerana kerusi tersebut majoriti Melayu melebihi 40 peratus. 
 
“Manakala Dun yang majoriti Melayu kurang daripada 40 peratus mungkin akan diletakkan calon daripada DHPP.
 
“Kita di peringkat Gagasan Sejahtera bukan sekadar tokoh politik, tetapi kita ada tokoh NGO, tokoh kemasyarakatan yang berwibawa.
 
Mereka ini telah memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan rakyat juga mengiktiraf kehadiran mereka,” katanya. 
 
 
( Ikuti penjelasan lanjut  beliau  yang  disiarkan  dalam  terbitan  Harakah  cetak  Bil.2323  edisi  Isnin  ini  yang  berada  di pasaran  esok )
Advertisement