Rakyat kesal tidak dipedulikan wakil rakyat

PUTATAN: Ketidakpedulian wakil rakyat terhadap pelbagai kesulitan dialami penduduk hingga menyukarkan kehidupan harian dan keperluan asasi mereka sememangnya perkara amat dikesali.
 
Sedangkan, setiap kali pilihan raya atau lima tahun sekali, undi penduduk ditagih serta mereka dijanjikan dengan pelbagai tawaran dan kebendaan, tetapi wakil rakyat menghilang selepas dari itu.
 
Ketika sama, penduduk mendapat makluman melalui media kononnya kawasan mereka diluluskan untuk pembinaan infrastruktur tertentu, namun secara hakikat tidak berlaku demikian.
 
Luahan demikian antara reaksi didapati oleh Ketua Pemuda PAS Kawasam Putatan, Asrul Samat dari rata-rata penduduk Kampung Tanjong Aru Baru, di sini semalam.
 
Aduan penduduk kepada beliau itu bersama pengakuan dan tekad bahawa mereka mahukan PAS menang mewakili mereka di kawasan tersebut selepas PRU14 kelak.
 
Asrul mencerap pelbagai suara diaju penduduk ketika menyelia perkembangan baik pulih jambatan di bawah Projek Infrastruktur PAS Dun Tanjong Aru (PINTAR) di sini.
 
Dewan Pemuda PAS Putatan mengalu-alukan sumbangan ramai bagi pihaknya menjayakan PINTAR dalam usaha cakna terhadap keperluan asas masyarakat yang diabaikan pihak pemerintah.
 
Sumbangan boleh disalurkan melalui akan BIMB 1001 6010 0780 48 atas nama PAS Kawasan Putatan dengan rujukan ‘Dana PINTAR’ dan sebarang pertanyaan hubungi Maslan di talian 019 530 6407. -HARAKAHDAILY 10/2/2018
Advertisement