Ameerah lebar ilmu dakwah dan politik

KUALA  NERUS: Ameerah Dun Seberang Takir telah menganjurkan Jaulah Mahabbah ke Kuala Lumpur selama dua hari dalam rangka melebarkan kesedaran dan kefahaman terhadap perkembangan politik negara masa kini.
 
Pelepasan peserta telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah MTD Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang di Surau Markaz Seberang Takir, di sini kelmarin.
 
Ketua Ameerah Kawasan Kuala Nerus, Khairunnajah Mohd berkata, pihaknya juga dalam usaha membawa mesej kepada pihak kerajaan agar lebih realistik dalam isu pengangguran.
 
“Khususnya (kepada) golongan wanita muda kerana rakyat bukan eksperimen. Institusi Pengajian Tinggi sama ada awam atau swasta banyak mengeluarkan siswazah saban tahun.
 
“Tetapi peluang pekerjaan tidak sehebat produk siswazah yang ada, ketika sama hutang belajar terus bertambah. 
 
“Untuk menceburi bidang keusahawanan pula, dana modal dan kemahiran turut menjadi masalah,” kritiknya.
 
Ustaz Zakaria dalam ucapannya pada pelancaran itu menyeru Ameerah menggerakkan peranan lebih berkesan untuk membawa imej baru dan menonjol dengan lebih baik bersama watak muslimat solehah.
 
Beliau juga menyuntik harapan agar Ameerah menggalas tanggungjawab besar dakwah ke arah kesedaran beragama dalam kalangan rakan sebaya. – HARAKAHDAILY 11/2/2018
Advertisement