Kuliah Dhuha PASTI Tawau semakin diterima

TAWAU: Program Kuliah Dhuha PASTI Kawasan Tawau yang dilangsungkan setiap bulan secara serentak di semua PASTI dalam kawasan ini kekal mendapat sambutan memberangsangkan dari ibu bapa pelajar.
 
Usaha untuk menyemarakkan pemahaman Islam kepada masyarakat di negeri Bawah Bayu khususnya Tawau menerusi wadah PASTI ternyata berjaya dan kian meluas.
 
Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Tawau, Apsah Ahmad berkata, lima PASTI mengadakannya semalam dan sebahagian lagi melaksanakannya hari ini.
 
Syukurinya, penerimaan dan kehadiran ke majlis itu semakin bertambah dan beliau berharap ilmu disampaikan para asatizah menjadi manfaat kepada masyarakat dalam menjalani kehidupan sebagai Muslim.
 
Katanya juga, usaha tersebut walaupun hanya dilaksanakan secara kecilan menerusi premis PASTI, namun ianya adalah medan menyampaikan Islam yang diharap menyinari nur Allah di negeri itu. – HARAKAHDAILY 11/2/2018
 
Advertisement