Simulasi PRU dedah petugas PAS kemungkinan senario

BUKIT MERTAJAM: Jentera Pilihan Raya Dun (JPrD) Machang Bubuk telah melaksanakan Simulasi Pilihan Raya yang diadakan di UPU Bukit Teh, di sini semalam.

Advertisement

Setiausaha JPrD Machang Bubuk, Mohd Puzi Awang memaklumkan, simulasi kali ini melibatkan pendedahan peranan Ejen Tempat Mengundi (ETM) dan Ejen Mengira Undi (EMU).

Sekali gus menurutnya, simulasi tersebut mentaklimatkan petugas PAS terhadap proses pengundian dan senario di bilik pengiraan undi melibatkan reaksi dan bantahan ETM.

Menerusi pendedahan itu juga, petugas diperkenalkan dengan corak dan bentuk penandaan kertas undi serta pelbagai kemungkinan situasi.

Simulasi yang bermula dari ‘pengisytiharan’ pembubaran Dun dan proses pengundian itu juga diakhiri dengan pengumuman keputusan di mana PAS memang dengan majoriti 10 undi seperti tercatat dalam Borang 14.-HARAKAHDAILY 12/2/2018