PAS Kawasan Jelutong santuni masyarakat Cina

JELUTONG: PAS Kawasan Jelutong meneruskan tradisi menjelang Tahun Baharu Cina dengan mengedarkan buah limau dan kad ucapan kepada masyarakat Cina di Dun Sungai Pinang, di sini kelmarin.

Advertisement

Yang DiPertua PAS Kawasan Tanjong, Yaacob Omar berkata, pihaknya meneruskan usaha itu bagi memeriahkan sambutan perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Ia sebahagian tradisi masyarakat Cina menyambut perayaan ini tidak kira di mana-mana. Sambutan yang cukup menggalakkan diterima daripada orang Cina yang ceria menerima edaran limau dan kad ucapan tahun baru,” katanya .

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Jelutong, Mustaqim Yahya berkata, program mengedar buah limau dan kad ucapan ini anjuran bersama PAS Jelutong yang diadakan pada setiap tahun sempena Sambutan Tahun Baru Cina.

“Lokasi penyampaian limau dan kad ini dilakukan di pusat tumpuan masyarakat Cina seperti kedai-kedai di Pasar Tani Jelutong, Stadium Bandaraya serta beberapa lokasi.

“Kami mengambil masa untuk menemui masyarakat Cina di beberapa komuniti orang Cina di sini sambil mengedar buah limau dan risalah,” katanya.

Turut sama menjayakan program ini pimpinan PAS Kawasan Jelutong, Pemuda dan Jentera Pilihan Raya Dun N.30.-HARAKAHDAILY 13/2/2018