PAS Silam jelas 10 Sebab Perlu Memilih PAS

SILAM: PAS Kawasan Silam telah mengadakan program edaran risalah terbitan khas “10 Sebab Perlu Memilih PAS” yang diadakan di Pasar Minggu Kunak, di sini kelmarin.
 
Edaran itu selain untuk memperkenalkan PAS dan mendekati masyarakat serta kempen keahlian, ia juga sebagai penerangan politik supaya mengundi PAS pada PRU14 nanti.
 
PAS Silam menerima reaksi positif dari program tersebut apabila masyarakat yang menerima risalah itu berminat mengetahui lanjut mengenai PAS dengan bertanya pendirian terhadap isu semasa.
 
Malah, ia menjadi kesempatan dan ruang petugas PAS Kunak menyampaikan maklumat sebenar dan merungkai salah faham yang wujud dalam beberapa isu.
 
Turut serta menjayakan program itu adalah Ketua Pemuda PAS Silam, Kasman Karate dan Ketua Muslimat PAS Silam, Maimunah Mahmud di mana siri lanjutannya akan diperluaskan lagi di lokasi lai dalam kawasan tersebut. -HARAKAHDAILY 13/2/2018
Advertisement