‘Pok Ya Cong Codei’ tarik minat kajian IPT

KOTA BHARU: Telefilem bertajuk ‘Pok Ya Cong Codei’ yang tular di media sosial turut menarik minat beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) mengupas drama tersebut.

Advertisement

Drama berkenaan disiarkan 21 Januari lalu mendapat pujian pelbagai lapisan masyarakat kerana keunikan sentuhan anak jati Kelantan, Sabri Yunus.

Sabri berkata, beliau langsung tidak menyangka drama berkenaan menjadi tular di media sosial.

“Sehingga sekarang walaupun hampir sebulan disiarkan di Astro Citra, namun ia masih menjadi sebutan.

“Sampai satu peringkat saya sendiri menjadi takut dengan perkembangan itu,” ujarnya pada sidang media di sini.

Drama berkenaan dibintangi sebahagian besarnya anak jati Kelantan dan menggunakan diailek negeri tersebut.

Antaranya Mustapha Kamal, Uqasha Senrose dan Sabri sendiri selaku watak utama.-HARAKAHDAILY 13/2/2018